Wednesday, April 11, 2007

Raed Shalah Seru Dunia Islam Sebarkan Keadaan Genting Al-Aqsa

Selasa, 10/04/07 -Ketua gerakan Islam di Palestin jajahan 48, Syeikh Raed Shalah meminta bangsa Arab dan Islam menyebarkan keadaan genting dan bencana besar yang akan terjadi di Al-Quds, akibat program Yahudinisasi dan penghancuran Masjid Al-Aqsa secara bertahap.

Shalah mengecam pemerintah Israel yang menyekat semua aktivitinya, kerana menolak tindakan Israel yang sedang berusaha menghancurkan Al-Aqsa secara bertahap melalui penggalian pintu al-Mugharibah.

Shalah menyeru para ulama dan para pemimpin umat Islam agar tidak berdiam diri melihat kekejaman Israel di Al-Quds dan situasi al-Aqsa dalam bahaya. Beliau juga meminta agar semua media Palestin tidak pilih kasih dalam menyiarkan berita sebenar di Al-Quds.

Dalam sambutan majlis Mauludur Nabi Muhammad SAW di Kver Kina wilayah Palestin jajahan 48 petang semalam, Shalah menegaskan bahawa rakyat Palestin akan terus berjuang mempertahankan al-Quds dan Masjid Al-Aqsa, walaupun penjajah Israel semakin hari semakin keras menekan dan menyeksa rakyat yang berusaha mempertahankan haknya.

Beliau berkata, walaupun kami dihantar ke bulan, namun kami akan tetap mempertaruhkan darah dan nyawa ini untuk melindungi Al-Aqsa.

Jika mereka ingin mengusir bangsa Palestin dari tanah tumpah darahnya, maka mereka harus menyediakan jutaan keranda, kerana bangsa Palestin tidak akan berpindah dari wilayahnya hingga mereka mati berkalang darah demi mempertahankan haknya, katanya.

Note: sumber : COMES
penterjemah : osman
"

Sumber : Palestinkini.info

No comments: